Sunday, 20 October 2013

PANDUAN & KELEBIHAN KHATAM AL-QURAN [SPB 0017]


PANDUAN & KELEBIHAN KHATAM AL-QURAN [SPB 0017]

SINOPSIS

“Buku ringkasan ini terkandung kepelbagaian kaedah, kelebihan dan faedah sebagai panduan mengkhatam al-Quran agar ia dapat diserapkan mengikut adat dan ikutan masyarakat Islam di Malaysia. Begitu juga, di dalam buku ini diterangkan beberapa status hadith serta tambahan perawinya yang hebat untuk menyokong dan mengukuhkan dalil yang dibentangkan. Di samping itu, perkongsian berkenaan kisah-kisah ulama salaf yang mengagumkan jiwa yang jarang didengari oleh pendengaran kita, yang tidak lain tujuannya adalah untuk membangkitkan semangat dan melembutkan hati agar kita dapat terus beramal dan membaca al-Quran dengan lebih baik dan sempurna.”

DETAILS
Price: RM13.00 (Sem) | RM15.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0017

ORDER NOW, INSYAALLAH!

HIDAYAH TERINDAH [SPB 0016]


SINOPSIS (HIDAYAH TERINDAH)

Hidayatul Munirah soerang pelajar IPT dilamar Zulkarnain iaitu pelajar di IPT yang sama dan berniat mengahwininya selepas tamat belajar. Dengan tujuan ingin mengenalinya dengan lebih lanjut, Hidayah menguji bakal suaminya ini mengajukan tiga soalan yang difikirkannya secara spontan tentang perjuangan seorang wanita dan keinginannya untuk syahid di medan perang.

Zulkarnain hanya tersenyum dan mengiyakan sahaja persoalan itu kerana cinta dan niatnya yang mendalam terhadap gadis itu. Setelah tamat belajar, mereka berkahwin dan Zulkarnain bekerja sebagai guru dan Hidayah meneruskan aktiviti Halaqahnya. Masalah mula timbul apabila kehidupan bahagia mereka terancam akibat serangan secara dalam oleh kumpulan pengganas yang bernama MAKAR.

Rakan Zulkarnain yang bekerja sebagai perisik negara (ASWAD), Abdul Rauf cuba menyiasat perkara ini. Siasatan dan beberapa siri serangan telah menjadikan soalan-soalan yang pernah ditanya oleh Hidayah kepada Zulkarnain sebelum perkahwinan mereka itu menjadi kebenaran. 

Persoalannya, siapakah sebenarnya Hidayah? Apakah kaitannya dengan kumpulan pengganas? Adakah Hidayah akan diterima kembali oleh suaminya setelah dilabel sebagai pengganas? Atau adakah suaminya akan menyelamatkan Hidayah dari bencana yang menimpa?

DETAILS
Price: RM22.00 (Sem) | RM24.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0016

ORDER NOW, INSYAALLAH!


BIOGRAFI ULAMA' TERSOHOR [SPB 0015]


SINOPSIS – BIOGRAFI ULAMA’ TERSOHOR

Buku ini menampilkan biografi atau riwayat hidup para ulama’ dan aulia‘ mutakhir antara abad 13, 14 dan 15H (abad ke-19, 20 dan 21M). Keinginan untuk menulis tentang riwayat hidup para ulama’ dan aulia’ Allah ini mulai timbul setelah melihat kurangnya penulisan tentang mereka ini terutama dalam bahasa Melayu. Berbanding buku-buku dalam bahasa Indonesia yang amat banyak membicarakan tentang tokoh-tokoh ini sama ada yang dihasilkan oleh penulis-penulis mereka sendiri mahupun hasil karya dalam bahasa asing yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.

Hasil daripada pemerhatian ini, maka timbul kesedaran dan keinginan untuk menulis buku ini dan ditambah lagi dengan dorongan daripada hadis Nabi bahawa jika kita selalu menyebut-nyebut nama para ulama’dan aulia, maka rahmat Allah akan turun. Begitu juga terhadap keutamaan pandangan kepada wajah seorang ulama’ seperti yang terdapat dalam hadis-hadis yang di antaranya Nabi pernah bersabda:

“Barang siapa memandang kepada wajah orang alim sekali dengan pandangan yang senang, nescaya Allah menjadikan pandangan tersebut dengan malaikat yang memintakan ampun baginya hingga hari kiamat”.

Di dalam sebuah hadis dikatakan bahawa ada sebahagian ahli zikir yang dapat menyebabkan orang lain ingat kepada Allah. Yakni dengan memandang wajahnya saja, membuat mereka teringat untuk zikrullah. Hadis lain menyebutkan bahawa ‘Sebaik-baik orang di antara kamu ialah seseorang yang apabila orang lain memandang wajahnya, maka dia ingat kepada Allah, jika mendengar ucapannya maka bertambah ilmunya, dan jika melihat amal perbuatannya maka tertariklah pada akhirat’.

DETAILS
Price: RM25.00 (Sem) | RM27.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0015

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Wednesday, 3 July 2013

KESUCIAN WANITA SOLEHAH (SOAL & JAWAB) [SPB 0011]

KESUCIAN WANITA SOLEHAH (SOAL & JAWAB)
[SPB 0011]




SINOPSIS
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmunya. Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Kesucian wanita solehah terletak atas pilihan yang tepat dalam menilai rupa, kepandaian dan akhlaknya. Maka Islam menetapkan cara hidup berlandaskan syariah kepada kaum wanita. Mematuhi dan melaksanakannya bermakna wanita memilih jalan yang selamat di dunia dan akhirat. Malahan menjadi tanggungjawab wali-wali mereka mengenalkan tentang adab dan tatasusila yang sepatutnya.

Dalam riwayat Abu Daud, Nabi S.A.W bersabda bermaksud "...maka ia mengajar mereka dengan adab yang baik dan berlaku ehsan kepada mereka serta mengahwinkan mereka (dengan pasangan yang soleh), maka balasannya ialah syurga."

Pengisian buku ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada kaum wanita mengenai betapa pentingnya mereka memilih ketinggian darjat di sisi Allah daripada di sisi manusia dan untuk tujuan duniawi. Hasil yang kecil ini juga memberi harapan agar mendatangkan manfaat dan membuka kesedaran ke arah perubahan kaum wanita.


DETAILS
Price: RM15.00 (sem)| RM17.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0011

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply

MUJAHADAH CINTA [SPB 0013]

MUJAHADAH CINTA [SPB 0013]




SINOPSIS
 MUJAHADAH CINTA
Oleh 
Siti Aimuni


Pusat Tarbiyah KIAS menemukan Al-Abrar Zaim dan Duratul Insyirah. Abrar, namanya sering meniti di bibir siswi menjadikan dia seorang yang terkenal dengan ketegasan dan sifat kepimpinannya. Thuraiya Widad pula antara gadis yang mengharap cintanya. Tanpa kata, tiada suara, dia menyimpan perasaannya jauh di sudut hati. Biarlah hanya dia dan Allah SWT yang mengetahui. Aisy Mikael pula sahabatsejati yang sentiasa bersama walau dalam seribu kepayahan. Perahsia dan terlalu sukar untuk menebak perasaannya. Mencintai Thuraiya Widad setulusnya tetapi kerana bicara Thuraiya Widad membuat dia terluka, maka dia bernekad untuk melupakan cinta yang tersimpan di lubuk hati. Duratul Insyirah, adik kepada Dhabit Izzul yang tegas pendirian dan seorang niqabiah. Tanpa sedar, nama Al-Abrar Zaim sudah terukir di relung hatinya.Mujahadahnya untuk memiliki cinta yang dianugerahkan Tuhan sehingga ada yang sanggup berkorban perasaan. Demi kebahagiaan orang tua, pernikahan berlangsung tanpa berkenalan dan bertaaruf.

Adakah dengan doa dan pengharapan, cinta mereka bakal disatukan? Apakah cinta Thuraiya Widad pada Al-Abrar Zaim punya titik noktah? Apakah pula pengakhirannya cinta Aisy Mikael kepada Thuraiya Widad? Dapatkah mereka bersama dalam aliran cintaNYA? Cinta berpaksi syariat Ilahi, akan kekal di Negeri Abadi


DETAILS
Price: RM21.00 (Sem) | RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0013

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply

PRESTASI UMAT CEMERLANG [SPB 0006]

PRESTASI UMAT CEMERLANG [SPB 0006]





SINOPSIS

Umat yang cemerlang adalah umat yang menguasai segala aspek kehidupan dengan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Setiap perkara yang dilakukan adalah berdasarkan pengetahuan tentang agama dan adalah sebagai ibadah.

Prestasi Umat Cemerlang adalah buku yang membicarakan konsep kecemerlangan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Ia menjadi panduan untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga kita sentiasa menjadi umat yang cemerlang di muka bumi Allah ini.


Price: RM25.90 (Sem.Malaysia) | RM28.90 (Sbh/Sarawak)
Product code: SPB 0006

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply

MEMBINA DIRI DENGAN AL-FATIHAH [SPB 007]

MEMBINA DIRI DENGAN AL-FATIHAH 
[SPB 0007]





SINOPSIS


Al Fatihah merupakan surah yang pertama penyusunannya di dalam mashaf, adalah satu-satunya surah dari sebegitu banyak surah di dalam Al Quran yang wajib dihafaz, kerana ia merupakan salah satu rukun sembahyang.

Surah agung yang tergolong di dalam ayat Makkiyah ini menghimpun seluruh isi Al Quran. Ayatnya ringkas dan pendek tetapi tafsiran dna tuntutannya adalah seluas langit dan bumi. Terkandung di dalamnya panduan hidup yang sangat besar ertinya yang meliputi bidang tauhid, feqah serta tasawuf. Di mana ia merupakan panduan di dalam melaksanakan agama Islam yang lengkap lagi sempurna. Di dalamnya bergabung segala jenis ilmu, terpulanglah kepada siapa yang Allah kehendaki untuk memahami dan menggalinya.

Selian itu, banyak lagi rahsianya yang hanya boleh diketahui apabila anda terus menatap kitab kecil ini. Nilai buku yang bakal anda miliki ini jika dibandingkan, tidaklah semahal surah Al Fatihah yang menyimpan segala khazanah yang sangat mahal harganya kerana buku ini diharap akan membimbing kita untuk "Membina Diri Dengan Surah Al Fatihah".


Price: RM14.00 (Sem) | RM16.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0007

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply

Monday, 1 July 2013

KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA [SPB 0008]

KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA
[SPB 0008]






SINOPSIS

Buku ini menitikberatkan tentang motivasi rumahtangga yang memberi penekanan kepada aspek menyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan rangsangan dalam membina keluarga, memberi kefahaman kepada pembaca tentang falsafah dan tujuan rumahtangga serta peripentingnya rumahtangga sebagai tapak pembinaan masyarakat dan negara bahkan untuk kesejahteraan umat seluruhnya. Justeru, buku ini membawa pembaca untuk melihat bahawa persoalan rumahtangga bukan perkara kecil dan remeh kerana rumahtangga ada hubung kait dengan kselamatan dan kesejahteraan masyarakat bahkan ada kaitan dengan nasib dan masa depan umat Islam, secara sedar atau tidak secara langsung atau tidak langsung.

Buku ini memandu anda agar:
  1. Membawa hati mengenal Tuhan, merasi kehambaan dan merasai bertuhan.
  2. Benar-benar mengubah dan mencorak hati, nafsu dan akal.
  3. Terbinalah peribadi yang memiliki segala sifat dan sikap yang positif.
  4. Dari sifat dan sikap positif itu terhasil pula pelbagai faedah, manfaat, keuntungan dan kejayaan.
  5. Tuhan datangkan bantuan, pertolongan dan rahmat-Nya kepada mereka yang bertaqwa.
  6. Mengetahui matlamat hidup yang jelas dan kaedah untuk mencapai matlamat itu.
  7. Terjalin hubungan dan ikatan hati, lahir kasih sayang, lemah-lembut, bertolak ansur, bersatu-padu dan tolong menolong sesama manusia, yang mana semua ini sangat diperlukan oleh semua manusia.



Price: RM23.90 (Sem) | RM25.90 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 008

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply

PANDUAN PENYELENGGARAAN JENAZAH DAN SURAH YAASIIN [SPB 0003]

PANDUAN PENYELENGGARAAN JENAZAH DAN SURAH YAASIIN [SPB 0003]






SINOPSIS


Mengurus orang yang mati merupakan kewajipan kepada orang yang hidup. Bermula saat-saat kematian kemudian memandikan, mengkafankannya, menyembahyangkannya sehinggalah mengebumikannya, mesti diketahui oleh umat Islam. Maka buku ini dapat menambahkan lagi koleksi ilmuan dalam Islam. Justeru itu, buku ini menampilkan kepada pembaca panduan menyelenggarakan jenazah dibantu dengan ilustrasi-ilustrasi bagi memudahkan pemahaman pembaca. Memandangkan buku ini juga mudah dibawa ke mana-mana, maka di hujunh buku ini diselitkan juga bacaan Yaasiin beserta kaifiyatnya. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat dunia dan akhirat.


Price: RM12.00 (Sem) | RM14.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0003

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply

TENTERA ALLAH MEMBELA PARA RASUL [SPB 0014]

TENTERA ALLAH MEMBELA PARA RASUL
[SPB 0014]





SINOPSIS

Sejarah para rasul menjadi sumber kekuatan umat Islam terutama para pejuang kebenaran. Sejarah yang sarat dengan kepahitan, penderitaan, kesengsaraan dan pelbagai kesusahan. Begitulah yang dialami oleh para kekasih Allah S.W.T segala pahit maung yang mereka tempuh hanya bersandarkan keyakinan terhadap janji Allah S.W.T. Lalu keyakinan itu diperjuangkan habis-habisan, penuh gigh dengan kepayahan dan serba kekurangan. Mereka tidak pernah mundur dari perjuangan kerana sangat yakin Allah pasti membantu. Sejarah membuktikan akhirnya para rasul mencapai kemenangan. Allah menghantar para tenteraNya yang menewaskan musuh di luar lojik akal.


Price: RM25.90 (Sem)| RM27.90 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0014

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply

BINGKISAN HATI - YASIN & TAHLIL | SURAH-SURAH AMALAN | AL-MA'THURAT [SPB 0005]

Bingkasan Hati - Yasin & Tahlil | Surah-Surah Amalan | 
Al-Ma'thurat [SPB 0005]





Price: RM17.00 (Sem)| RM19.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0005

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply

Wednesday, 5 June 2013

KEHARMONIAN HIDUP BERSYARIAT (JILID 2) [CODE: SPB 0004B]

KEHARMONIAN HIDUP BERSYARIAT (JILID 2) 
[CODE: SPB 0004B]


SINOPSIS

Islam adalah agama akidah, agama ibadah, agama akhlak dan peraturan undang-undang hidup  di dalam semua aspek kehidupan sama ada dari persoalam kekeluargaan, masyarakat, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, perhubungan dan kenegaraan hinggalah alam sejagat.

Jika Islam dapat di fahami, dihayati dan diamalkan keseluruhannya, akan dapat dilihat penganut-penganutnya adalah manusia berakidah, beribadah, berakhlak, berdisiplin, cergas dan aktif juga berkasih sayang di antara satu sama lain, maju, aman damai bahagia dan akhirnya manusia dapat melahirkan keharmonian hidup bersyariat.

Pengkhususan buku - Hukum Berkaitan Dengan Ziarah Pesakit| Pengurusan Jenazah| Ibadat Puasa| Ibadat Zakat| Ibadat Haji| Sembelihan| Qurban| Aqiqah| Nikah| Taubat dan Doa| Adab-adab dan Senarai Doa| Setiap Amalan Boleh Jadi Ibadah (Tasawuf)| Tertipu Dengan Ibadah| Nama-Nama Pilihan Dalam Islam| Mengambil Nama Para Sahabat, Salafus Soleh,Ulama' Terkenal Mazhab Syafie, Tokoh-Tokoh Islam, Puteri-Puteri Rasulullah SAW & Lain-Lain

Price: RM30.00 (Sem. Malaysia) | RM33.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0004B

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply

KEHARMONIAN HIDUP BERSYARIAT (JILID 1) [Code: SPB 0004A]

KEHARMONIAN HIDUP BERSYARIAT (JILID 1) 
[Code: SPB 0004A]


SINOPSIS

Islam adalah agama akidah, agama ibadah, agama akhlak dan peraturan undang-undang hidup  di dalam semua aspek kehidupan sama ada dari persoalam kekeluargaan, masyarakat, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, perhubungan dan kenegaraan hinggalah alam sejagat.

Jika Islam dapat di fahami, dihayati dan diamalkan keseluruhannya, akan dapat dilihat penganut-penganutnya adalah manusia berakidah, beribadah, berakhlak, berdisiplin, cergas dan aktif juga berkasih sayang di antara satu sama lain, maju, aman damai bahagia dan akhirnya manusia dapat melahirkan keharmonian hidup bersyariat.

Pengkhususan Buku - 
Rukun Islam|Rukun Iman & Kepentingannya|Sifat 20|Mukmin,Munafiq,Musyrik,kafir,Murtad|hukum-hukum di dalam Islam|Thaharah(bersuci)|Wuduk & Tayamum|Mandi Wajib & Sunat|Najis dan Cara Menyucikannya|Perkara Sunat Sebelum Solat|Solat|Bacaan-bacaan Dalam Solat|Wirid,Zikir & Doa Selepas Solat|Solat Jamaah|Solat Jumaat|Solat Qasar dan Jamak

DETAILS
Price: RM30.00 (Sem.Malaysia)|RM33.00(Sabah/Sarawak)

Product code: SPB 0004A

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply

BICARA KALAMULLAH [Code: SPB 0012]

BICARA KALAMULLAH [Code: SPB 0012]


SYNOPSIS
BICARA KALAMULLAH
Bersama
Surah Al-Mulk &
Surah Al-Waqiah

Oleh
KHAIRUL FITRIAH HAJI HAMID
USTAZ MOHD TAHA HASSAN AZHARI

Turunnya al-Quran ke atas muka bumi ini sebagai cahaya petunjuk kepada jalan yang lurus. Di mana, cahaya tersebut bercampur dengan hati-hati yang Allah kehendaki petunjuknya demi untuk mengajar manusia pada perkara-perkara hakikat kebenaran yang tidak pernah diketahui oleh mereka. Kiranya ingin dihitung, terlalu banyak fungsi al-Quran di atas muka bumi ini demi memberi keadilan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada manusia sejagat.

Atas dasar nikmat yang sangat berharga ini, menjadi kewajipan ke atas umat Islam untuk berpegang, mempelajari dan membaca al-Quran selalu. Dengan mempraktikkan inisiatif ini, maka Allah memberi jaminan kepada mereka yang mengikut dan membacanya dengan tidak menyesatkannya di dunia dan akhirat. Inilah rahmat dan nikmat yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita. Dan seharusnya umat Islam bergembira dan bersegera berebut untuk memperolehinya.

Himpunan 2 surah di dalam buku ini bukan hanya amalan kepada ahli al-Quran semata-mata, akan tetapi ia juga sesuai kepada semua pelajar, guru dan masyarakat awam serta umat Islam di Malaysia amnya.


DETAILS
Price: RM13.00 (Sem)| RM15.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0012

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply

DAJJAL & YAHUDI ADALAH BANGSA SERUMPUN [CODE: SPB 0010]

DAJJAL & YAHUDI ADALAH BANGSA SERUMPUN [CODE: SPB 0010]


SINOPSIS

Buku ini lebih memberi penekanan terhadap kesedaran dan keinsafan kepada umat Islam dalam menghadapi Yahudi. Sekurang-kurangnya umat Islam ada kesedaran dan keinsafan betapa Islam dan penganutnya tidak henti-henti menjadi mangsa buli dalam pelbagai cara. Ini kerana pembulinya dari satu puak yang Allah S.W.T sebut dalam Al-Quran sebagai musuh iaitu Yahudi dan Nasara. Sejarah juga turut memaparkan berbagai peristiwa keangkuhan Yahudi dalam membuli para Rasul.

Mereka terkenal dengan sikap Sombong, angkuh dan takbur. Sifat itu menjadikan mereka sangat jahat, degil, pintar dan licik. Tiada siapa yang tahu mengapa Allah S.W.T menjadikan semua ini. Apa yang pasti, didikan, iktibar dan hikmahnya pasti ada. Itu lambang keyakinan manusia yang beriman kepada Allah S.W.T.

Sifat dan sikap angkuh bangsa yang paling tua di dunia ini telah banyak memakan korban dan memporak-perandakan dunia. Ini terbukti melalui sejarah bangsa Yahudi sejak ribuan tahun yang lalu. Di mana sahaja mereka berada, suasana aman akan menjadi celaru. Malah seluruh dunia turut menjadi mangsa kelicikan mereka.

DETAILS
Price: RM26.00 (Sem)| RM28.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0010

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply.

RASULULLAH (SAW) - TOKOH TRANSFORMASI [Code: SPB 0009]

RASULULLAH (SAW) - TOKOH TRANSFORMASI 
[Code: SPB 0009]


SINOPSIS

Memperkatakan peribadi Baginda Junjungan Nabi Muhammad Rasulullah saw, samalah ertinya kita memperkatakan seluruh isi Al Quran. Ini kerana akhlak Baginda saw adalah seluruh isi Al Quran itu sendiri. Memperkatakan Al Quran pula samalah ertinya memperkatakan wahyu yang keseluruhannya merupakan dari Allah swt. Kalau demikian sudah jelas kepada umat Islam bahawa Rasulullah saw adalah satu peribadi yang dipimpin sepenuhnya oleh Allah swt. Demikianlah yang dinyatakan oleh Allah swt dengan maksud, ‘Tiadalah sesuatu yang datang daripada Rasulullah itu melainkan adalah wahyu.’ Tidak kira samada perkataan, perbuatan mahupun diam, semuanya adalah wahyu. Tidak kira samada perkara utama atau cabang, pokok atau ranting, kecil atau besar, remeh atau penting, Rasulullah saw tidak melakukan bersandar kepada akal, jauh sekali dari nafsu melainkan semuanya adalah wahyu dari Allah swt. Oleh itu apakah masih ada siapa-siapa di kalangan manusia yang mahu mempertikaikan atau mahu mencacat-celakan figura ciptaan Allah swt ini?

Selain itu umat Islam juga perlu berfikir serta mengubah sikap agar janganlah hendaknya membesarkan Rasulullah saw secara bermusim seperti mana secara tradisinya berlaku sudah sekian lama. Menurut kelaziman, bulan Rabiulawal merupakan musim umat Islam mengingati Baginda saw. Sedangkan nama Rasulullah saw disebut setiap waktu solat ketika azan dikumandangkan dan diringi pula ketika qamat. Nama Rasulullah saw disebut lagi dalam tahiyyat. Setiap kali bersolat dalam bacaan tahiyyat yang mana salawat keatas Rasul lebih banyak diungkapkan. Ini membawa erti bahawa umat Islam sewajarnya memberi perhatian yang serius, lebih banyak masa serta lebih terperinci memfokuskan kepada peribadi Baginda saw. Tidak memadai hanya setahun sekali dalam bulan Rabiulawal.

Terdapat pula segelintir umat Islam yang merujuk kepada Rasulullah saw dalam aspek serpihan atau cebisan kecil. Biarpun ianya boleh dianggap sebagai kes terpencil dan tidak pula menjadi satu kesalahan namun sikap demikian tidak wajar dipopularkan kerana tidak sesuai dengan kedudukan peribadi agung serta luar biasa Rasulullah saw. Misalnya keghairahan aktiviti memanjat gunung disandarkan kepada Rasulullah saw yang memanjat Jabal Nur untuk berkhalwat. Maksud dan tujuan Rasulullah saw memanjat Jabal Nur itu amat jauh berbeza dengan aktiviti kita memanjat gunung. Ketika itu Rasulullah saw merasa amat sedih dan dukacita melihat keadaan masyarakat jahiliyyah. Sekaligus Baginda saw berkhalwat untuk menjinakan hati kepada Allah swt dan merintih mengadu mengenai masyarakat yang sedang sangat porak peranda. Akhirnya di Gua Hira juga Rasulullah saw menerima wahyu yang pertama.

Contoh lain, kita rujuk kepada Rasulullah saw yang pernah memelihara kambing apabila kita mahu membuat projek ternakan. Rasulullah saw juga yang pernah berniaga hingga ke Syam menjadi rujukan apabila kita mahu berniaga. Sekali lagi ditegaskan disni, semua itu tidak pula menjadi sebarang kesalahan. Namun alangkah lebih baik andainya umat Islam merujuk kepada aspek yang lebih utama, lebih penting, lebih besar serta lebih syumul sesuai dengan kedudukan Baginda saw. Sewajarnya yang menjadi rujukan dalam aspek perniagaan termasuk sifat-sifat mulia Baginda saw dalam melakukan perniagaan itu. Contohilah berbagai sifat, sikap dan akhlak mulia yang ditunjukan oleh Rasulullah saw dalam setiap perkerjaan yang dilakukan termasuk ketika memelihara kambing dan menjalankan perniagaan. Umat Islam lebih wajar sering berbincang secara terperinci setiap sifat, watak, sikap dan akhlak Rasulullah saw. Ini termasuk memperincikan bagaimana Rasulullah saw dalam ibadah, akhlak, dalam bersyukur, ketika bersama keluarga, bersama sahabat, dalam segala aspek kepimpinan, dalam dakwah, dalam perjuangan, dalam pengorbanan, perhubungan, kesabaran yang luar biasa, dalam kasih sayang, dalam segala sifat-sifat positif dan tidak terhingga lagi banyaknya.

Menobatkan martabat serta kedudukan Rasulullah selaku Rahmatan lil alamin serta pemimpin kepada seluruh manusia adalah lebih sesuai dan lebih wajar andainya umat Islam perkatakan dimana-mana yang tidak terbatas ditempat tertentu seperti masjid dan surau sahaja. Sejarah Rasulullah saw yang sudah lama malap sepatutnya kini dijadikan bahan dalam pelajaran sejarah dan kajian disekolah serta intitusi pengajian tinggi. Apa yang penting ialah penekanan kajian mengenai falsafah sejarah yang dapat dijadikan iktibar serta manfaat dan bukan sebaliknya hanya tentang fakta sejarah yang menjemukan. Bukan juga sekadar mengambil berkat tetapi lebih dari itu tiada pilihan, perlu dijadikan sebagai peribadi contoh ikutan yang paling sempurna.


DETAILS
Price: RM32.00 (Sem)| RM34.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0009

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply.

87 KISAH-KISAH TELADAN [Code: SPB 0002]

87 KISAH-KISAH TELADAN [Code: SPB 0002]


SINOPSIS

Kisah-kisah silam dalam tawarikh peradaban manusia adalah teladan terbaik untuk pendidikan masa kini. Suasana dunia yang gawat dengan pelbagai gejala sosial perlu diimbangi dengan pendidikan yang sihat. Oleh kerana itu, pendidikan walau apa cara sekalipun perlu diberi keutamaan agar dunia ini dipenuhi manusia aygn baik.

Jiwa, roh dan akal memerlukan pengisian sempurna sesuai dengan kehendak Islam. Demi memiliki akal dan jiwa yang bersih, maka manusia perlulah dididik dengan sebaik-baiknya demi masa depan, khususnya di akhirat kelak.

Atas inisiatif inilah pihak penerbit menampilkan wadah minda dan roh islami melalui 87 Kisah-Kisah Teladan untuk tatapan pembaca. Mudah-mudahan usaha kecil ini akan menjadi kebajikan dan bekalan menuju hari penentuan kelak.


DETAILS
Price: RM20.00 (Sem)| RM22.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0002

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply.

KISAH MENARIK 25 NABI DAN RASUL [Code: SPB 0001]

KISAH MENARIK 25 NABI DAN RASUL [Code: SPB 0001]


SINOPSIS

Kisah Menarik 25 Nabi & Rasul - bukan sekadar buku untuk semata-mata. Isi kandungan dan penceritaannya yang menarik serta banyak memaparkan kisah hidup para nabi dan  rasul dapat memberikan motivasi serta percikan sinar islami kepada setiap individu muslim. Semoga melalui paparan kisah menarik ini, ia dapat memberikan inspirasi kepada pembaca untuk meneladaninya.


DETAILS
Price: RM20.00 (Sem)| RM22.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0001

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply.

Ahlan Wa Sahlan!

WELCOME!

Alhamdulillah for your visit to our site. Please do come back often and invite all your family and friends.
InsyaAllah, we at Syeikh Publisher Sdn Bhd will do our best to provide the ummah, Muslim or Non-Muslim with titles and materials that will inspire all to goodness, InsyaAllah and ultimately to Allah's (SWT) acceptance and Rasulullah's (SAW) syafaat, Amin.

We, humbly, request a special doa from you to us always, InsyaAllah.

SELAMAT DATANG!

Alhamdulillah di atas kunjungan anda ke laman kami. Sudilah mengunjungi sekerap mungkin dan jangan lupa menjemput keluarga dan sahabat handai anda semua.
InsyaAllah, kami di Syeikh Publisher Sdn Bhd akan melakukan terbaik untuk menyediakan ummat, Muslim dan Non-Muslim dengan tajuk-tajuk dan bahan-bahan yang akan menginspirasikan semua kearah kebaikan, InsyaAllah dan tentunya kearah matlamat tertinggi yakni penerimaan dari Allah SWT dan syafaat Rasulullah SAW, Amin.

Kami, dengan rendah hati, mohon doa khusus dari anda untuk kami selalu, InsyaAllah.