Wednesday, 5 June 2013

RASULULLAH (SAW) - TOKOH TRANSFORMASI [Code: SPB 0009]

RASULULLAH (SAW) - TOKOH TRANSFORMASI 
[Code: SPB 0009]


SINOPSIS

Memperkatakan peribadi Baginda Junjungan Nabi Muhammad Rasulullah saw, samalah ertinya kita memperkatakan seluruh isi Al Quran. Ini kerana akhlak Baginda saw adalah seluruh isi Al Quran itu sendiri. Memperkatakan Al Quran pula samalah ertinya memperkatakan wahyu yang keseluruhannya merupakan dari Allah swt. Kalau demikian sudah jelas kepada umat Islam bahawa Rasulullah saw adalah satu peribadi yang dipimpin sepenuhnya oleh Allah swt. Demikianlah yang dinyatakan oleh Allah swt dengan maksud, ‘Tiadalah sesuatu yang datang daripada Rasulullah itu melainkan adalah wahyu.’ Tidak kira samada perkataan, perbuatan mahupun diam, semuanya adalah wahyu. Tidak kira samada perkara utama atau cabang, pokok atau ranting, kecil atau besar, remeh atau penting, Rasulullah saw tidak melakukan bersandar kepada akal, jauh sekali dari nafsu melainkan semuanya adalah wahyu dari Allah swt. Oleh itu apakah masih ada siapa-siapa di kalangan manusia yang mahu mempertikaikan atau mahu mencacat-celakan figura ciptaan Allah swt ini?

Selain itu umat Islam juga perlu berfikir serta mengubah sikap agar janganlah hendaknya membesarkan Rasulullah saw secara bermusim seperti mana secara tradisinya berlaku sudah sekian lama. Menurut kelaziman, bulan Rabiulawal merupakan musim umat Islam mengingati Baginda saw. Sedangkan nama Rasulullah saw disebut setiap waktu solat ketika azan dikumandangkan dan diringi pula ketika qamat. Nama Rasulullah saw disebut lagi dalam tahiyyat. Setiap kali bersolat dalam bacaan tahiyyat yang mana salawat keatas Rasul lebih banyak diungkapkan. Ini membawa erti bahawa umat Islam sewajarnya memberi perhatian yang serius, lebih banyak masa serta lebih terperinci memfokuskan kepada peribadi Baginda saw. Tidak memadai hanya setahun sekali dalam bulan Rabiulawal.

Terdapat pula segelintir umat Islam yang merujuk kepada Rasulullah saw dalam aspek serpihan atau cebisan kecil. Biarpun ianya boleh dianggap sebagai kes terpencil dan tidak pula menjadi satu kesalahan namun sikap demikian tidak wajar dipopularkan kerana tidak sesuai dengan kedudukan peribadi agung serta luar biasa Rasulullah saw. Misalnya keghairahan aktiviti memanjat gunung disandarkan kepada Rasulullah saw yang memanjat Jabal Nur untuk berkhalwat. Maksud dan tujuan Rasulullah saw memanjat Jabal Nur itu amat jauh berbeza dengan aktiviti kita memanjat gunung. Ketika itu Rasulullah saw merasa amat sedih dan dukacita melihat keadaan masyarakat jahiliyyah. Sekaligus Baginda saw berkhalwat untuk menjinakan hati kepada Allah swt dan merintih mengadu mengenai masyarakat yang sedang sangat porak peranda. Akhirnya di Gua Hira juga Rasulullah saw menerima wahyu yang pertama.

Contoh lain, kita rujuk kepada Rasulullah saw yang pernah memelihara kambing apabila kita mahu membuat projek ternakan. Rasulullah saw juga yang pernah berniaga hingga ke Syam menjadi rujukan apabila kita mahu berniaga. Sekali lagi ditegaskan disni, semua itu tidak pula menjadi sebarang kesalahan. Namun alangkah lebih baik andainya umat Islam merujuk kepada aspek yang lebih utama, lebih penting, lebih besar serta lebih syumul sesuai dengan kedudukan Baginda saw. Sewajarnya yang menjadi rujukan dalam aspek perniagaan termasuk sifat-sifat mulia Baginda saw dalam melakukan perniagaan itu. Contohilah berbagai sifat, sikap dan akhlak mulia yang ditunjukan oleh Rasulullah saw dalam setiap perkerjaan yang dilakukan termasuk ketika memelihara kambing dan menjalankan perniagaan. Umat Islam lebih wajar sering berbincang secara terperinci setiap sifat, watak, sikap dan akhlak Rasulullah saw. Ini termasuk memperincikan bagaimana Rasulullah saw dalam ibadah, akhlak, dalam bersyukur, ketika bersama keluarga, bersama sahabat, dalam segala aspek kepimpinan, dalam dakwah, dalam perjuangan, dalam pengorbanan, perhubungan, kesabaran yang luar biasa, dalam kasih sayang, dalam segala sifat-sifat positif dan tidak terhingga lagi banyaknya.

Menobatkan martabat serta kedudukan Rasulullah selaku Rahmatan lil alamin serta pemimpin kepada seluruh manusia adalah lebih sesuai dan lebih wajar andainya umat Islam perkatakan dimana-mana yang tidak terbatas ditempat tertentu seperti masjid dan surau sahaja. Sejarah Rasulullah saw yang sudah lama malap sepatutnya kini dijadikan bahan dalam pelajaran sejarah dan kajian disekolah serta intitusi pengajian tinggi. Apa yang penting ialah penekanan kajian mengenai falsafah sejarah yang dapat dijadikan iktibar serta manfaat dan bukan sebaliknya hanya tentang fakta sejarah yang menjemukan. Bukan juga sekadar mengambil berkat tetapi lebih dari itu tiada pilihan, perlu dijadikan sebagai peribadi contoh ikutan yang paling sempurna.


DETAILS
Price: RM32.00 (Sem)| RM34.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0009

ORDER NOW, INSYAALLAH!

Postage rates apply.