SINOPSIS (HIDAYAH TERINDAH)
Hidayatul Munirah
soerang pelajar IPT dilamar Zulkarnain iaitu pelajar di IPT yang sama dan
berniat mengahwininya selepas tamat belajar. Dengan tujuan ingin mengenalinya
dengan lebih lanjut, Hidayah menguji bakal suaminya ini mengajukan tiga soalan
yang difikirkannya secara spontan tentang perjuangan seorang wanita dan
keinginannya untuk syahid di medan perang.
Zulkarnain hanya
tersenyum dan mengiyakan sahaja persoalan itu kerana cinta dan niatnya yang
mendalam terhadap gadis itu. Setelah tamat belajar, mereka berkahwin dan
Zulkarnain bekerja sebagai guru dan Hidayah meneruskan aktiviti Halaqahnya.
Masalah mula timbul apabila kehidupan bahagia mereka terancam akibat serangan
secara dalam oleh kumpulan pengganas yang bernama MAKAR.
Rakan Zulkarnain yang
bekerja sebagai perisik negara (ASWAD), Abdul Rauf cuba menyiasat perkara ini.
Siasatan dan beberapa siri serangan telah menjadikan soalan-soalan yang pernah
ditanya oleh Hidayah kepada Zulkarnain sebelum perkahwinan mereka itu menjadi
kebenaran.
Persoalannya, siapakah
sebenarnya Hidayah? Apakah kaitannya dengan kumpulan pengganas? Adakah Hidayah
akan diterima kembali oleh suaminya setelah dilabel sebagai pengganas? Atau
adakah suaminya akan menyelamatkan Hidayah dari bencana yang menimpa?
DETAILS
Price: RM22.00 (Sem) | RM24.00 (Sabah/Sarawak)