Sunday, 20 October 2013

PANDUAN & KELEBIHAN KHATAM AL-QURAN [SPB 0017]


PANDUAN & KELEBIHAN KHATAM AL-QURAN [SPB 0017]

SINOPSIS

“Buku ringkasan ini terkandung kepelbagaian kaedah, kelebihan dan faedah sebagai panduan mengkhatam al-Quran agar ia dapat diserapkan mengikut adat dan ikutan masyarakat Islam di Malaysia. Begitu juga, di dalam buku ini diterangkan beberapa status hadith serta tambahan perawinya yang hebat untuk menyokong dan mengukuhkan dalil yang dibentangkan. Di samping itu, perkongsian berkenaan kisah-kisah ulama salaf yang mengagumkan jiwa yang jarang didengari oleh pendengaran kita, yang tidak lain tujuannya adalah untuk membangkitkan semangat dan melembutkan hati agar kita dapat terus beramal dan membaca al-Quran dengan lebih baik dan sempurna.”

DETAILS
Price: RM13.00 (Sem) | RM15.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0017

ORDER NOW, INSYAALLAH!

HIDAYAH TERINDAH [SPB 0016]


SINOPSIS (HIDAYAH TERINDAH)

Hidayatul Munirah soerang pelajar IPT dilamar Zulkarnain iaitu pelajar di IPT yang sama dan berniat mengahwininya selepas tamat belajar. Dengan tujuan ingin mengenalinya dengan lebih lanjut, Hidayah menguji bakal suaminya ini mengajukan tiga soalan yang difikirkannya secara spontan tentang perjuangan seorang wanita dan keinginannya untuk syahid di medan perang.

Zulkarnain hanya tersenyum dan mengiyakan sahaja persoalan itu kerana cinta dan niatnya yang mendalam terhadap gadis itu. Setelah tamat belajar, mereka berkahwin dan Zulkarnain bekerja sebagai guru dan Hidayah meneruskan aktiviti Halaqahnya. Masalah mula timbul apabila kehidupan bahagia mereka terancam akibat serangan secara dalam oleh kumpulan pengganas yang bernama MAKAR.

Rakan Zulkarnain yang bekerja sebagai perisik negara (ASWAD), Abdul Rauf cuba menyiasat perkara ini. Siasatan dan beberapa siri serangan telah menjadikan soalan-soalan yang pernah ditanya oleh Hidayah kepada Zulkarnain sebelum perkahwinan mereka itu menjadi kebenaran. 

Persoalannya, siapakah sebenarnya Hidayah? Apakah kaitannya dengan kumpulan pengganas? Adakah Hidayah akan diterima kembali oleh suaminya setelah dilabel sebagai pengganas? Atau adakah suaminya akan menyelamatkan Hidayah dari bencana yang menimpa?

DETAILS
Price: RM22.00 (Sem) | RM24.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0016

ORDER NOW, INSYAALLAH!


BIOGRAFI ULAMA' TERSOHOR [SPB 0015]


SINOPSIS – BIOGRAFI ULAMA’ TERSOHOR

Buku ini menampilkan biografi atau riwayat hidup para ulama’ dan aulia‘ mutakhir antara abad 13, 14 dan 15H (abad ke-19, 20 dan 21M). Keinginan untuk menulis tentang riwayat hidup para ulama’ dan aulia’ Allah ini mulai timbul setelah melihat kurangnya penulisan tentang mereka ini terutama dalam bahasa Melayu. Berbanding buku-buku dalam bahasa Indonesia yang amat banyak membicarakan tentang tokoh-tokoh ini sama ada yang dihasilkan oleh penulis-penulis mereka sendiri mahupun hasil karya dalam bahasa asing yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.

Hasil daripada pemerhatian ini, maka timbul kesedaran dan keinginan untuk menulis buku ini dan ditambah lagi dengan dorongan daripada hadis Nabi bahawa jika kita selalu menyebut-nyebut nama para ulama’dan aulia, maka rahmat Allah akan turun. Begitu juga terhadap keutamaan pandangan kepada wajah seorang ulama’ seperti yang terdapat dalam hadis-hadis yang di antaranya Nabi pernah bersabda:

“Barang siapa memandang kepada wajah orang alim sekali dengan pandangan yang senang, nescaya Allah menjadikan pandangan tersebut dengan malaikat yang memintakan ampun baginya hingga hari kiamat”.

Di dalam sebuah hadis dikatakan bahawa ada sebahagian ahli zikir yang dapat menyebabkan orang lain ingat kepada Allah. Yakni dengan memandang wajahnya saja, membuat mereka teringat untuk zikrullah. Hadis lain menyebutkan bahawa ‘Sebaik-baik orang di antara kamu ialah seseorang yang apabila orang lain memandang wajahnya, maka dia ingat kepada Allah, jika mendengar ucapannya maka bertambah ilmunya, dan jika melihat amal perbuatannya maka tertariklah pada akhirat’.

DETAILS
Price: RM25.00 (Sem) | RM27.00 (Sabah/Sarawak)
Product code: SPB 0015

ORDER NOW, INSYAALLAH!